Bahasa Kebangsaan : Bentuk dan Jenis Kesantunan

Kesantunan Verbal 
  • Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan 
  • Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai dengan situasi.
  •  Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk menjaga wajah yang berfungsi sebagai kehormatan seseorang 
  • Terdapat lima jenis komunikasi lisan atau verbal yang lazimnya melibatkan tugas guru di sekolah, iaitu perbincangan, pembentangan, ucapan, mesyuarat dan perbualan.
  1.  Ciri-Ciri Kesantunan Verbal :
  • Penggunaan Bahasa Halus 
  •  Contoh: Terima kasih, selamat pagi, jemput dudk, minta kerjasama dan sebagainya .. 
  • Penggunaan Kata Ganti Nama , Contoh: Kata ganti nama diri pertama (saya), Kata ganti nama kedua (beliau), dan kata ganti nama ketiga (mereka). 
Kata Ganti Nama Bahasa Diraja 
  1. Kata Kekeluargaan , Contoh : anakanda, ayahanda, bonda, kakanda, adinda. 
  2. Kata Ganti Nama Diri : 
  3. Kata Ganti Nama Diri Pertama , Contoh: Beta, Patik 
  4. Kata Ganti Nama Diri Kedua , Contoh: Tuanku 
  5. Kata Ganti Nama Diri Ketiga , Contoh: Patik, Baginda, Tuanku, Duli Tuanku, Duli Yang Maha Mulia

  6.  Kata Ganti Nama Orang Kebanyakan :
  7. Kata Ganti Nama Diri Keluarga , Contoh: Long, Ngah, Lang, Cik, Andak, Teh, Busu. 
  8. Gelaran Keluarga , Contoh: Pak Long & Mak Long, Pak Ngah & Mak Ngah. 
  9. Gelaran Pergaulan Biasa , Contoh: Cik, Puan, Encik. 
  10. Gelaran Pergaulan Formal , Contoh: Tuan, Puan, Encik, Cik, Saudara, Saudari.
  11. Gelaran Warisan , Contoh: Raja, Tunku/ Ungku, Tuanku dsb. 
  12. Gelaran Anugerah , Contoh: Tun, Tan Sri, Datuk, Datuk Seri, Datuk Paduka dsb. 
  13. Gelaran Kurniaan Ikhtisas , Contoh: Profesor, Profesor Diraja, Doktor, Cikgu, Duli Yang Maha Mulia, Yang Amat Berhormat dan sebagainya .
  14. Gelaran Keagamaan Contoh: Haji, Hajah, Labai. 
  15. Gabungan Gelaran , Contoh: Pak Haji, Puan Hajah dan sebagainya .

  16. Cara menghormati orang lain melalui percakapan(verbal) : 
  • Dalam berkomunikasi seseorang bukan saja menunjukkan siapa dirinya,tetapi juga harus menghormati orang lain.
  • Memberi layanan mesra, sopan dan memberi penghormatan kepada orang lain.
  • Menghargai pendapat dan percakapan orang lain.
  • Tidak memperkecilkan atau merendah-rendahkan kebolehan orang lain.
  • Mewujudkan persefahaman.
  • Melatih dari supaya berkelakuan sopan.
  • Menjaga perasaan orang lain.
  1.  Kesantunan Nonverbal :
  • Merujuk kepada perbuatan, ekspresi wajah, bahasa tubuh dan isyarat 
  • Konsep kesantunan berbahasa non verbal merujuk kepada semua perlakuan yang tidak menggunakan bahasa lisan untuk menyampaikan mesej yang dapat difahami.
  • Sebagai contoh, non verbal melalui media cetak seperti surat khabar, majalah, jurnal dan buku.
Fungsi Komunikasi Bukan Verbal : 
  • Mengulangi mesej verbal.  
  • Pengganti komunikasi verbal.
  • Mengesahkan komunikasi verbal.
  • Menunjukkan maksud atau keadaan sebenar. 
  • Pelengkap komunikasi verbal. Kawal interaksi.
  1. Jenis Kesantunan Bukan Verbal : 
  2. Pergerakkan anggota badan – dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu pergerakkan kepala, tangan dan kaki
  3. Ekspresi wajah – contohnya  : air muka, pergerakkan mata, dan senyuman. 
  4. Postur badan – contohnya : menundukkan badan, cara berjalan, berdiri dengan tangan di poket seluar dan duduk dengan menyilang kaki.

  5. Kesantunan Lisan :
  • Komunikasi lisan Dikenali sebagai komunikasi verbal .
  • Komunikasi dua hala yang berlaku secara langsung ketika dua orang sedang berbual . Kebaikannya : Mengeratkan silaturrahim antara sesama manusia , Menjalinkan hubungan peribadi antara dua pihak Kesantunan berbahasa ini dapat dilihat dalam aktivti seperti perbualan wawancara, ucapan, pengacara majlis, pengumunan dan arahan dalam perhimpunan,mesyuarat, protocol pertemuan dengan murid, rakan setugas, guru,guru besaratau pengetua, pekerja, ibu bapa, tetamu dan seumpamanya.
  1.  Kesantunan dalam komunikasi lisan melibatkan : 
  • Penggunaan bahasa yang sopan, beradab dan halus.
  • Penggunaan bahasa tubuh yang beradab dan bertatasusila .
  • Penggunaan bahasa dan gerak balas tubuh badan dapat didengar dan dilihat serta-merta. Baik budi bahasa kita, baik pula budi bahasa orang yang dilawan bercakap.
  • Buruk budi bahasa kita, buruk pulanya kemungkinannya tindak balas yang kita terima.
  • Dari segi bahasa , aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah : Ciri-ciri sebutan yang sempurna menunjukkan sikap yang sopan.
  • Suara dan intonasi yang bersopan ( intonasi merupakan lagu kalimat yang meliputi nada atau tinggi dan rendahnya lagu kalimat, dan dinamik atau keras dan lemahnya lagu kalimat. )
  • Pemilihan kata dan ayat yang sopan dan halus 
  • Penggunaan kata sapaan yang betul dan sesuai.
  • Penggunaan system panggilan yang betul .
  • Gaya hidup yang sesuai .
  • Isi perbincangan yang tidak sensitif .
 Dari segi bahasa tubuh badan, aspek-aspek kesantunan yang perlu diambil perhatian ialah 
  • Gaya percakapan yang bersopan .
  • Pandangan mata yang sesuai.
  • Gerak laku yang bertatasusila .
  •  (Ekspresi wajah ) yang positif.
  • Hayunan tangan yang sesuai 
  • Imej sendiri Pemilihan kata , ungkapan, ayat dan gaya haruslah sesuai dengan bentuk dan taraf sesuatu majlis atau urusan yang berkenaan. 
  • Dalam semua suasana dan urusan rasmi, kesantunan bahasa haruslah berasaskan ragam bahasa rasmi, iaitu ragam bahasa yang secara maksimumnya mematuhi peraturan-peraturan bahasa baik daripada sudut linguistik, sosiolinguistik mahupun pragmatiknya.
  •  Maksud: Linguistik – ilmu tentang bahasa atau ilmu yang menjadikan bahasa sebagai objek kajiannya Sosialinguistik – antara disiplin ilmu yang menghubungkan antara penggunaan bahasa dengan budaya yang mempengarhinya.
  • Komunikasi secara lisan Rasmi/Formal  : Mesyuarat ,syarahan , ucapan , pidato , forum dan lain-lain .
  • Tidak Formal / rasmi : Perbualan telefon , perbualan di kedai kopi , perbualan di majlis kenduri dan lain-lain
  • Komunikasi lisan secara formal dan tidak formal mempunyai peraturan yang berbeza dari segi penggunaan bahasa, kata panggilan, kata sapaan dan gerak laku.  Sebagai contoh :  untuk urusan jual beli di pasar atau kedai makan masih perlu dijaga kesesuaian penggunaan kata sapaan dan budi bahasa. 
  • Dalam keadaan itu lebih baik digunakan sahaja sapaan yang neutral seperti ‘cik’ atau ‘saudari’ , ‘encik’ dan ‘saudara’. 
  • ‘Encik’ dan ‘puan’ lebih wajar digunakan untuk menyapa orang berumur yang tidak kita kenal.
  1. Kata ganti diri ialah perkataan yang digunakan untuk merujuk diri sendiri seseorang.
  2. - Kata Ganti Nama Diri Kata Ganti Nama Diri Bahasa Santun Bahasa Kasar Pertama Saya , kami Aku Kedua Anda , awak Engkau , kamu Ketiga Dia , beliau , mereka .

  3. Kesantunan Penulisan 
  4. Bentuk komunikasi bertulis secara tidak rasmi seperti penulisan surat kepada rakan, ahli keluarga, ibu bapa dan lain-lain. 
  5. Dalam bentuk komunikasi bertulis, aspek-aspek yang perlu diberikan perhatian ialah seperti:
  6. a. Penggunaan kata panggilan yang betul 
  7. b. Kata sapaan yang betul 
  8. c. Gaya bahasa yang betul 
  9. d. Pemilihan kata dan ayat yang sesuai dengan konteks 
  10. e. Isi yang tidak sensitive Strategi Kesantunan Negatif / Formal: Penutur menjaga air muka negatif lawan tutur untuk mempertahankan kebebasan tindakannya. 

Comments

Popular posts from this blog

Bahasa Kebangsaan : Morfologi Bahasa Melayu (Proses pembentukan kata nama bahasa melayu)

Bahasa Kebangsaan : Sistem ejaan dan sebutan baku bahasa melayu

Bahasa Kebangsaan : Sistem tatabahasa (Sintaksis)