Bahasa Kebangsaan : Bentuk Komunikasi Di Khalayak
Komunikasi Khalayak KOMUNIKASI KHALAYAK Konsep komunikasi ialah perhubungan atau interaksi yang berlaku sama ada dengan diri sendiri iaitu intrapersonal seperti bermonolog dengan diri sendiri, berfikir sendiri ataupun interpersonal iaitu komunikasi khalayak seperti ucapan atau perbahasan. Khalayak bermaksud penerima di mana di dalam sesuatu komunikasi khalayak yang berlaku haruslah ada penyampai dan penerima. Penerima pula terdiri daripada pendengar atau audien dan juga komunikasi bertulis yang merupakan pembaca. Khalayak boleh dibahagikan kepada dua iaitu umum dan khusus. Bagi khalayak umum, mereka merupakan orang awam yang mengikuti komunikasi khalayak contohnya penonton televisyen. Manakala khalayak khusus adalah mereka yang mempunyai minat yang tertentu dalam komunikasi khalayak. Contohnya peminat berita akan menonton rancangan berita televisyen atau peminat forum-forum agama yang mengikuti forum tersebut. 2. Apakah matlamat komunikasi khalayak...