Posts

Showing posts from 2018

Bahasa Kebangsaan : Bentuk Komunikasi Di Khalayak

Komunikasi Khalayak   KOMUNIKASI KHALAYAK Konsep komunikasi ialah perhubungan atau interaksi yang berlaku sama ada dengan diri sendiri iaitu intrapersonal seperti bermonolog dengan diri sendiri, berfikir sendiri ataupun interpersonal iaitu komunikasi khalayak seperti ucapan atau perbahasan. Khalayak bermaksud penerima di mana di dalam sesuatu komunikasi khalayak yang berlaku haruslah ada penyampai dan penerima. Penerima pula terdiri daripada pendengar atau audien dan juga komunikasi bertulis yang merupakan pembaca. Khalayak boleh dibahagikan kepada dua iaitu umum dan khusus. Bagi khalayak umum, mereka merupakan orang awam yang mengikuti komunikasi khalayak contohnya penonton televisyen. Manakala khalayak khusus adalah mereka yang mempunyai minat yang tertentu dalam komunikasi khalayak. Contohnya peminat berita akan menonton rancangan berita televisyen atau peminat forum-forum agama yang mengikuti forum tersebut. 2.   Apakah matlamat komunikasi khalayak...

Bahasa Kebangsaan : Bentuk dan Jenis Kesantunan

Kesantunan Verbal  Kesantunan berbahasa daripada segi verbal merujuk kepada percakapan, lisan dan pertuturan  Dalam percakapan, seseorang perlu bersikap santun, iaitu sikap yang berkait rapat dengan upaya untuk melakukan penyesuaian penggunaan kata atau ungkapan yang sesuai dengan situasi.  Penyesuaian tersebut sebenarnya digunakan untuk menjaga wajah yang berfungsi sebagai kehormatan seseorang  Terdapat lima jenis komunikasi lisan atau verbal yang lazimnya melibatkan tugas guru di sekolah, iaitu perbincangan, pembentangan, ucapan, mesyuarat dan perbualan.  Ciri-Ciri Kesantunan Verbal : Penggunaan Bahasa Halus   Contoh: Terima kasih, selamat pagi, jemput dudk, minta kerjasama dan sebagainya ..  Penggunaan Kata Ganti Nama , Contoh: Kata ganti nama diri pertama (saya), Kata ganti nama kedua (beliau), dan kata ganti nama ketiga (mereka).  Kata Ganti Nama Bahasa Diraja  Kata Kekeluargaan , Contoh   :  anakand...

Bahasa Kebangsaan : Laras Bahasa

Laras Bahasa Melayu LARAS BAHASA Perbincangan mengenai laras bahasa tidak dapat terlepas daripada membincangkan dua konsep, iaitu pengguna dan penggunaan. Pengguna ialah orang yang menggunakan sesuatu bahasa dan penggunaan ialah bagaimana sesuatu bahasa itu digunakan dengan cara yang berbeza-beza, misalnya dialek Kelantan, Melaka, Sarawak dan sebagainya. Penggunaan bahasa yang berbeza-beza ini melahirkan laras. Ini disebabkan penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan situasi dan faktor lain melahirkan kata-kata yang berbeza mengikut keadaan. Misalnya kata-kata yang digunakan untuk bergurau-senda adalah berbeza daripada kata –kata yang digunakan untuk menyampaikan sesuatu ucapan. Oleh itu, bolehlah dirumuskan bahawa penggunaaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor-faktor sosial seperti keadaan dan tempat, disebut sebagai laras bahasa atau laras sosial. Manakala penggunaan bahasa yang berbeza-beza berdasarkan faktor geografi atau daerah disebut sebagai dialek daerah. ...

Bahasa Kebangsaan : Ragam Ayat (Ayat aktif & Ayat pasif)

Image
A.  Ayat Aktif dan Ayat Pasif      CONTOH :  A. AYAT AKTIF: i. Ayat aktif ialah ayat yang mana “pelaku” terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala “benda yang kena buat” terletak di belakang (sebagai pradikat ayat) ii. Biasanya kata kerja berimbunan ‘meN….’, ‘men….kan’ dan ‘men….i’. iii. Contoh : Ali sedang memancing ikan. (Ali ialah pelaku (di depan) dan ikan ialah benda kena buat) B. AYAT PASIF: i. Ayat pasif ialah ayat yang mana ‘benda kena buat’ terletak di hadapan (sebagai subjek ayat) manakala ‘pelaku’ terletak di belakang (sebagai pradikat). ii. Biasanya kata kerja berimbuhan ‘di……’; ‘di…..kan’ atau ‘di….i’. Kata kerja juga boleh menggunakan perkataan ‘kena’. Kekecualian untuk pelaku gantinama diri pertama dan kedua yang mesti mendahului kata kerja tanpa imbuhan. Contoh : i. Ikan itu dipancing oleh Ali. ii. Ikan itu kamu pancing. (pelaku diri kedua) iii. Ikan itu saya pancing. (pelaku diri pertama) C. CO...

Bahasa Kebangsaan : Sistem tatabahasa (Sintaksis)

Konsep Tatabahasa (Morfologi & Sintaksis) Pendahuluan: Secara umumnya tatabahasa dalam bahasa Melayu mencakupi dua bidang, iaitu morfologi dan sintaksis (Nik Safiah Karim et al.,2004). Morfologi ialah bidang yang mengkaji struktur, pembentukan kata dan golongan kata. Dalam morfologi, unit terkecil yang mempunyai makna dan tugas nahu ialah morfem. Anda juga perlu mengetahui maksud istilah morfem dan kata. Hal ini demikian kerana kedua-duanya adalah berbeza dari segi fungsi dan konsep. Tatabahasa: Menurut Siti Hajar Hj. Abdul Aziz (1996) tatabahasa ialah peraturan-peraturan bagaimana sesuatu perkataan dibentuk dan bagaimana perkataan itu bergabung dengan perkataan-perkataan lain untuk menghasil ayat-ayat yang gramatis. Dengan kata lain, tatabahasa ialah rentetan ucapan, pengelompokan serta pengklasifikasian unsur-unsur ucapan menurut fungsinya. Mengikut konsep tradisional pula tatabahasa ialah satu cara mengkaji bahasa berdasarkan hukum-hukum yang telah dibuat terhad...